Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila![]()
Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan".
Air Commodore A. V. R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja
British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi
Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja
Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber
manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan.Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu
anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang
dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman semasa upacara penerimaan pesawat pertama Rajawali untuk Tentera Udara Diraja Persekutuan.
Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera
Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja
British pada bulan November 1958.Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying
Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman,
Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley,
Corporal Mahevan, Senior Aircrfaman (SAC) Surindran, SAC Md Noor,
SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan
Junior Technician (JT) Ismail Arifin.Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada
Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara.Dengan tertubuhanya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera
Udara telah ditukar kepada "Tentera Udara Diraja Malaysia" atau lebih dikenali sebagai TUDM.
MISI TUDM
Untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya
melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan.
PERANAN
Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan,
mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia
dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi
memelihara dan menjaga kepentingan negara.Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentera Malaysia,
TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:* Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi
tujuan damai disamping menghalang penggunaannya
oleh pihak musuh. Ia melibatkan offensive counter-air,
defensive counter-air dan operasi defensive suppressive.* Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan
sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim* Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan
di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian
minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, electronic counter-measure dan operasi penyelamat
kombat udara.* Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi
dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan,
sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi
memberi perkhidmatan penting kepada
organisasi dan anggota.