![]()
Struktur organisasi TUDM diwujudkan bagi melahirkan struktur pemerintahan yang![]()
bersepadu dan menjurus kepada daya juang yang berkesan.Struktur berdasarkan kepada konsep pemusatan perancangan dana kawalan pengagihan di bidang perlaksanaan. Struktur ini memberi ruang kepada unit dan skuadron di dalam TUDM untuk bertindak sebagai entiti yang bebas dan berautonomi dengan elemen logistik bagi operasi harian barisan hadapan.
MARKAS TUDM
Markas TUDM merupakan mercu jaringan organisasi yang berpusat di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.Ia dibahagikan kepada dua sub-sistem iaitu Departmen Perancangan dan Pembangunan dan Departmen Operasi.
Departmen Perancangan dan Pembangunan bertanggungjawab bagi pembikinan polisi, perancangan pembangunan akan datang seluruh cawangan dalam TUDM.
Departmen Operasi pula bertanggungjawab bagi menyediakan doktrin, pelan latihan kontigensi, perjalanan semua pangkalan dan penggunaan aset semasa TUDM.
Fungsi pemerintahan dipertanggungjawabkan ke atas Panglima Tentera Udara dan dibantu oleh Timbalannya
TUDM mempunyai empat Divisyen Udara yang bertanggungjawab terhadap latihan dan kesiapsiagaan ketumbukan di bawah pemerintahan.DIVISYEN UDARANo 1 Divisyen Udara bertanggungjawab terhadap kesiapsiagaan dan persediaan aset pejuang dan pertahanan udara.
No 2 Divisyen Udara bertanggungjawab terhadap kesiapsiagaan sumber mobiliti udara dan ia mempunyai kuasa mengawal operasi pesawat angkut dan helikopter TUDM.
No 3 Divisyen Udara bertanggungjawab ke atas dokongan logistik untuk penerbangan termasuk sistem penyenggaraan, pembahagian dan pengagihan material TUDM.
No 4 Divisyen Udara bertindak sebagai Markas Udara barisan hadapan untuk operasi khusus dengan ketumbukan yang diperuntukan khas untuknya. Ia juga bertanggungjawab untuk mengawasi ruang angkasa Sabah dan Sarawak.