Didalam organisasi TUDM, semua pusat latihan adalah diletakan dibawah tanggungjawab Kolej Tentera Udara yang
 berpangkalan di TUDM Alor Setar.

Unit-unit berikut adalah ditubuhkan bagi menjalankan latihan asas dan lanjutan untuk pelbagai kursus bagi pegawai dan juga lain-lain pangkat di dalam TUDM

Pusat Latihan Terbang 1

Pusat yang terletak di pangkalan TUDM Alor Setar ini bertanggungjawab ke atas latihan asas penerbangan di dalam TUDM. Disamping itu ia turut melatih bakal juruterbang Tentera Darat dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pusat Latihan Terbang 2

Latihan penerbangan Helikopter diadakan di pangkalan TUDM Alor Setar. Latihan penerbangan helikopter diadakan setelah pelatih lulus latihan asas di Pusat latihan 1 mengendalikan pesawat sayap kaku( fixed wing)

Pusat Latihan Terbang 3

Fungsi pusat latihan ini sama dengan fungsi Pusat Latihan Terbang 1. Latihan penerbangan diadakan di pangkalan TUDM Kuantan

Sekolah Pegawai Kadet

Latihan asas untuk bakal pegawai diadakan di Sekolah ini. Setelah berjaya menamatkan kursus mereka akan ditauliahkan sebagai pegawai TUDM.
Semua pegawai skim Pegawai Kadet, Graduan, Tugas Khas dan Tauliah Jangka Pendek dilatih di pusat ini.

Institut Latihan Instruktur Terbang

Jurulatih penerbang TUDM menjalani latihan sebagai jurulatih di pusat ini terletak di TUDM Alor Setar. Mereka diajar untuk melatih pelatih juruterbang baru TUDM dalam aspek teori dan pratikal penerbangan kententeraan.

Sekolah Tentera Udara

Latihan asas rekrut TUDM diadakan di Sekolah Tentera Udara Di TUDM Ipoh. Di institusi latihan inilah bakal anggota baru TUDM dilatih bagi menyesuaikan diri dengan dunia ketenteraan. Sebahagian daripada kursus lanjutan untuk anggota TUDM juga diadakan di sekolah ini.

Sekolah Senjata Dan Bahan Letupan

Sekolah ini terletak di TUDM Butterworth bagi melatih anggota TUDM dalam bidang persenjataan dan bahan letupan.

Sekolah Ikhtisas Tentera Udara

Sekolah ini terletak di Pulau Pinang. Semua kursus lanjutan kerjaya dan teknik mengajar dikendalikan di sekolah ini.

Sekolah Logistik

Sekolah yang terletak di TUDM Subang ini mengendalikan kursus asas logistik dan juga lanjutan yang bersangkut paut dengan pengurusan logistik.

Sekolah Pentadbiran Dan Ketenteraan

Sekolah yang terletak di TUDM Subang ini menjurus kepada pengajaran kepada pengajaran tentang pentadbiran dan pengurusan pegawai dan kaki tangan bawahan TUDM

Pusat Latihan Kenderaan Khas

Kursus yang diadakan di pusat latihan yang terletak di TUDM Subang ini ialah bagi melatih pemandu dalam TUDM. Pelatih diberi latihan untuk mengendalikan kenderaan tentera dan kenderaan khas.

Pusat Latihan Komunikasi Kawal Dan Lapur

Pusat ini melatih pegawai dan anggota dalam kursus asas Pertahanan Udara dan Kawalan Trafik Udara. Pusat ini terletak di TUDM Kuantan.